Sunday, 15 April 2012

proxy

Pelayan proksi mengawal penggunaan talian ke luar rangkaian 



Pelayan proksi diwujudkan bagi mengurangkan beban atau mengurangkan kesesakkan sesebuah talian yang menyambungkan dua rangkaian. Penggunaannya amat kritikal terutamanya bila keadaan talian sudah hampir dengan had kemampuanya.
Didalam sebuah rangkaian yang mempunyai pelayan proksi, semua komputer yang terdapat dalam rangkaian tersebut akan menghubungi proksi sebelum ia mendapatkan sesuatu dari luar rangkaian seperti fail dari pelayan FTP atau halaman WWW. Jika fail atau halaman yang hendak diambil terdapat pada proksi, maka komputer yang meminta boleh mengambilnya dari proksi tanpa perlu mengambilnya dari luar rangkaian. Oleh itu, penggunaan talian ke luar rangkaian dapat dikurangkan.


Sekiranya fail yang hendak diambil tidak terdapat pada pelayan proksi, maka ia akan mengambil fail tersebut dan menyimpannya di dalam cakera keras dan menyalurkanya ke komputer yang meminta. Apabila fail yang sama diminta, proksi akan menghantar fail tersebut kepada komputer yang memintanya dan ini akan mengurangkan penggunaan sambungan ke luar.

INTERNET PROTOCOL

Protokol-protokol Utama dalam TCP/IP

TCP/IP merupakan gabungan beberapa protokol. TCP/IP berfungsi dengan bantuan protokol-protokol lain yang menjalankan fungsi yang khusus di lapisan komunikasi yang berbeza-beza.
Setiap protokol dalam TCP/IP dianggap sebagai satu modul bebas yang mempunyai peranannya yang tersendiri. Dengan menggunakan konsep modul ini, maka ciri-ciri fleksibel dan reliable yang diperlukan oleh TCP/IP boleh dilaksanakan dengan mudah.


Perkaitan di antara protokol-protokol di TCP/IP
Perkaitan di antara protokol-protokol di TCP/IP

Semua protokol dalam TCP/IP adalah penting, tetapi yang terpenting adalah TCP dan IP.
  •  TCP memastikan komunikasi berjalan dengan baik dan bungkusan komunikasi yang dihantar sampai tanpa sebarang kerosakan.
  •  IP pula adalah protokol yang digunakan oleh semua protokol yang di atasnya untuk menyalurkan bungkusan komunikasi (datagram IP) ke destinasinya. 
Dengan itu, ia menjadi tunggak kepada TCP/IP. IP tidak memastikan sama ada bungkusan sampai ke destinasinya atau tidak. Ia cuma menyalurkan bungkusan ke laluan yang seterusnya dengan harapan ia sampai. Ataupun dengan kata lain, TCP membekalkan TCP/IP dengan ciri-ciri reliable yang diperlukan. IP pula memberikannya kefleksibelan dalam menghantar bungkusan komunikasi. Itulah sebabnya TCP/IP dinamakan dengan protokol TCP dan IP.

 Fungsi beberapa protokol utama dalam TCP/IP ditakrifkan dalam jadual berikut.

Protokol-protokol Utama dalam Lapisan Pengangkutan

Protokol Fungsi Rujukan
TCP Transmission Control Protocol adalah protokol yang membolehkan aliran data secara dua hala, memastikan data sampai dengan selamat dan betul dan mengawal pengaliran data di antara dua hos. RFC 793
UDP User Datagram Protocol adalah protokol yang menghantar data ke sesebuah hos tanpa menghiraukan sama ada data itu sampai atau tidak. UDP tidak reliabel seperti TCP. RFC 768

Protokol-protokol Utama dalam Lapisan Aplikasi

Protokol Fungsi Rujukan
SMTP Simple Mail Transfer Protocol adalah protokol yang menyatakan bagaimana sebuah hos menghantar e-mail ke hos lain, iaitu bagaimana penghantar dan penerima harus berkomunikasi semasa penghantaran e-mail. RFC 821 RFC 822
TELNET Protokol yang membolehkan sebuah hos disambungkan ke sebuah hos multi-pengguna sebagai terminal RFC 854
FTP File Transfer Protocol adalah protokol yang menyatakan bagaimana fail harus dipindahkan dari satu hos ke hos lain. RFC 959
TFTP Trivial File Transfer Protocol adalah protokol yang pada asasnya sama seperti TP tetapi tidak reliabel seperti FTP. RFC 1350

Protokol-protokol Utama dalam Lapisan Rangkaian

Protokol Fungsi Rujukan
IP Internet Protocol adalah protokol yang menyatakan bagaimana datagram IP harus dibina dan bagaimana datagram IP disalurkan dari satu hos ke hos yang lain sehingga sampai ke destinasinya. IP memahami mesej ralat dan kawalan yang dihasilkan oleh ICMP. RFC 791
ICMP Internet Control Message Protocol adalah protokol yang boleh digunakan bagi melaporkan masalah yang berkaitan dengan penghantaran datagram IP ke hos yang menghantarnya seperti pembuangan datagram IP semasa berlaku kesesakan. ICMP sering dianggap sebagai sebahagian dari IP RFC 792
IGMP Internet Group Management Protocol adalah protokol yang digunakan oleh hos dan penghala yang menyokong system multicasting untuk menyatakan keahlian kumpulan multicast. RFC 1112

Protokol-protokol Utama dalam Lapisan Fizikal

Protokol
Fungsi
Rujukan
ARP
Address Resolution Protocol adalah protokol yang mengikat alamat fizikal kad rangkaian dengan alamat logical yang dipanggil alamat IP.
RFC 826
RARP
Reverse Address Resolution Protocoladalah protokol yang digunakan oleh sesebuah hos untuk mendapatkan alamat IP daripada hos lain berdasarkan alamat fizikal yang ada padanya.  Ia lazimnya digunakan oleh hos yang tidak mempunyai cakera keras untuk menyimpan alamat IP.
RFC 903

sejarah bluetooth

 


mesti kamu semua tak pernah ambil tahu pasal asal usul bluetooth kan...pada mula nya aku sendiri tak pernah amik tahu pun hal ini..tapi dalam kelas aritu en.Razak suruh kami google sejarah bluetooth ni...then,,dari situ la kami semua mula mengetahui perkara ini. agak lucu la sebenarnye and tak pernah terpikir pun macam tu la sejarah nye bermule dari situ..hehehe

alkisah nye begini....

 Perkataan Bluetooth ialah versi anglicised Blåtand raja Denmark,sempena nama raja abad kesepuluh Harald Denmark, yang menyatukan bahagian- bahagian Norway dan suku-suku Denmark ke dalam sebuah negara tunggal. Dengan keupayaan raja itu sebagai perhubungan rakyat, Nama Bluetooth digunakan mirip dengan teknologi bluetooth sekarang yang boleh menghubungkan pelbagai peralatan seperti komputer personal dan telefon selular.Logo bluetooth berasal dari penyatuan dua huruf Jerman analog dengan huruf H dan B (singkatan dari Harald Bluetooth), iaitu (Hagall) dan (Blatand) yang kemudian digabungkan.

 haaaaa...tak sangke kan nama bluetooth berasal dari nama seorang raja..hehehe..tu la hakikat nye..

-peace Y-