- Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian.
- Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastiakan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik.
- 2 jenis NOS yang utama:
- sesama pelanggan (peer-to-peer)
-
pelanggan-pelayan (client-server)
SESAMA PELANGGAN (PEER-TO-PEER)
- membenarkan pengguna berkongsi sumber-sumber dan fail-fail yang terdapat pada komputer peribadi masing-masing dan membuka, mencari serta mengambil data atau sumber maklumat yang terdapat dari komputer-komputer orang lain.
- tidak mempunyai fail pelayan atau sumber pengurusan terpusat kerana dalam sistem rangkaian ini, semua komputer dianggap setara dan seimbang. Ini bermakna kesemua pengguna mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk menggunakan sumber yang terdapat di dalam komputer di rangkaian tersebut.
- untuk memenuhi keperluan suatu kawasan kecil ke sederhana besarnya.
- amat sesuai bagi Rangkaian Kawasan Setempat (LAN). Contoh program yang berupaya berfungsi sebagai sistem rangkaian sesama pelanggan ialah AppleShare dan Windows bagi Kerja Berkumpulan (WorkGroup).
peer to peer |
KEBAIKAN PEER-TO-PEER
- Kos dapat dikurangkan - fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan
- Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semula bagi membolehkan sistem pengoperasian sesama pelanggan beroperasi.
KEBURUKAN PEER-TO-PEER
- Tidak berpusat - Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
- Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.
- memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.
- Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.
- menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen
- membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.
KEBAIKAN CLIENT-SERVER
- Berpusat - Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.
- Memenuhi keperluan - Mana -mana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.
- Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
- Interoperasi - Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.
KEBURUKAN CLIENT-SERVER
- Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.
- Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staf yang menjamin kecekapan operasi.
- Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.
CONTOH-CONTOH SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Di antara contoh-contoh Sistem Pengoperasian Rangkaian yang melibatkan rangkaian sesama pelanggan dan pelayan-pelanggan ialah:
1- AppleShare
2- LANtastic
3- Microsoft Windows untuk Workgroups
4- Microsoft Windows NT Server
5- Novell Netware
No comments:
Post a Comment