3G
Merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas 1G (1980) dan 2G (1990). 3G membolehkan pengguna menikmati kelebihan multimedia dan menawarkan capaian kepada Internet pada kelajuan sehingga 2 megabait sesaat (2Mbps).

WiFi
Sehubungan
itu, teknologi wayarles pengkomputeran seperti WiFi (Wireless Fidelity)
mendapat perhatian.Misalnya, walaupun telah mempunyai lesen 3G,
syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom juga telah
menunjukkan minat yang tinggi dengan teknologi WiFi dengan satu demi
satu memperkenalkan perkhidmatan hotspot di seluruh negara.

WiMax
Bagi
WiMax pula, ia mempunyai kemampuan untuk menampung transmisi kelajuan
data antara 15 hingga 75 Mbps akan menjadikan ia sebagai pilihan
teknologi masa depan. Ia bagaimanapun tidak akan mencabar 3G atau WiFi
secara langsung kerana mereka dibangunkan untuk saling melengkapi
antara satu sama lain.
Seperti WiFi yang digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan rumah atau pejabat, WiMax pula akan digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian WiFi di suatu kawasan yang luas. Manakala, 3G pula menjadi penghubung WiMax ke seluruh negara dan dunia.

RANGKAIAN WAYARLES
*
WPAN (rangkaian kawasan peribadi wayarles) untuk komunikasi jarak dekat
seperti Bluetooth (802.15.1) dengan kelajuan 110 - 480 Mbps.
*
WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) merupakan
komunikasi untuk sesuatu kawasan dalam jarak 100 meter dengan kelajuan
15 - 54 Mbps.
* WiMax atau WMAN (rangkaian kawasan metro wayarles) komunikasi sehingga 50 km dengan kelajuan 15 - 75 Mbps
*
3G/WCDMA atau WWAN (rangkaian kawasan jauh wayarles) untuk komunikasi
jarak jauh (termasuk global) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps.
No comments:
Post a Comment