KATOGERI ANCAMAN SIBER
1. Pencerobohan (Intrusion)
Insiden pencerobohan sistem dan aplikasi komputer tanpa kebenaran dan berupaya mengubah kandungan sistem tersebut.
2. Penipuan (Fraud)
Merujuk
kepada skim penipuan yang menggunakan satu atau lebih komponen
internet dan telekomunikasi termasuklah ruangan chat, e-mel, papan
buletin, laman web dan sms untuk mewujudkan ruangan pembujukan dan
transaksi wang seperti laman web atau e-mail yang menyerupai atau
kelihatan seperti badan kewangan atau syarikat yang sahih beroperasi (phishing), pelaburan e-dagang atau skim piramid.
3. Gangguan (Harassment)
Melibatkan penghantaran mesej, gambar dan video yang berunsur fitnah, lucah, gangguan dan ancaman kepada pengguna lain.
4. Ancaman Pencerobohan (Hack Threat)
Merangkumi
serangan ke atas sistem dan aplikasi komputer agensi-agensi tertentu
dengan tujuan melumpuhkan operasi sistem dan aplikasi komputer bagi
agensi berkenaan.
5. Kod Berbahaya (Malicious Code)
Merupakan
perisian atau skrip komputer yang diprogramkan untuk menceroboh
komputer dan merosakkan sistem. Kod berbahaya termasuklah skrip
serangan, virus, worm, Trojan horse, program Back door dan kandungan
aktif berbahaya.
6. Gangguan Perkhidmatan (Denial of Service)
Merupakan
serangan ke atas sesuatu sistem atau aplikasi komputer yang
menyebabkan para pengguna tidak dapat mencapai dan menggunakan sistem
atau aplikasi berkenaan.
No comments:
Post a Comment