Monday, 11 June 2012

Panduan Undang-undang Siber

 Jenayah Siber Terhadap Harta Benda

Jenayah Siber Terhadap Manusia

CURI

1) Maklumat
Senarai, rekod, email peribadi

2) Harta
Memindahkan wang dari satu akaun ke akaun yang lain

3) Perkhidmatan
Capaian tanpa kuasa di laman web berbayar

PENIPUAN

Multilevel marketing/sistem piramid, peluang perniagaan, lelongan, jualan barangan, tawaran kad kredit, pinjaman pendahuluan, tawaran pekerjaan

PEMALSUAN

Meminda dokumen bagi memperdaya orang lain melalui laman web

KHIANAT

-Vandalisma siber: meminda laman web umum

-Pencerobohan siber : ceroboh laman web persendirian yang perlu guna kata laluan.

-Menyebarkan virus
-Pornografi dan pengedaran bahan-bahan lucah
-Gangguan Siber (cyber-harrasment)
-Pencerobohan Siber
- Memecah masuk ke laman web
- Memecah masuk ke komputer persendirian

Keganasan siber

Serangan terancang terhadap maklumat yang terkandung di dalam komputer, program komputer dan data yang menyebabkan keganasan berlaku terhadap rakyat yang tidak berdaya oleh sekumpulan orang atau agen tertentu.
Diluluskan di Parlimen pada Mac 1997
Dikuatkuasa pada 1 Jun 2000
Tujuan:
- Bagi mengawal perlakuan jenayah yang dilakukan menggunakan komputer secara terus atau melalui talian.

Ringkasan Diskripsi Kesalahan

Membuat capaian mana-mana komputer tanpa diberi kuasa.

Denda
Tidak melebihi RM 50,000.00 atau
penjara 5 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Melibatkan fraud atau kecurangan atau yang
menyebabkan kecederaan


Denda
Tidak melebihi RM 150,000.00 atau
penjara 10 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer.

Denda
Tidak melebihi RM 100,000.00 atau
penjara 7 tahun atau
kedua-duanya sekali

Ringkasan Diskripsi Kesalahan
Menyimpan maklumat tanpa kuasa dalam
komputer di bawah kawalan disifatkan telah
memperolehi capaian tanpa kuasa


Denda
(sama seperti denda memperolehi capaian komputer tanpa kuasa)

Akta ini digunakan terhadap sesiapa tanpa mengira kewargenaraan seseorang. Kesalahan di bawah akta ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tidak kira samaada di dalam atau di luar Malaysia asalkan ia melibatkan komputer yang berada di Malaysia.

Bila Virus Menyerang

let's watch the video...


COMPUTER SECURITY TIPS

HACK??

mesti takut kan kalau semua folder yang ada kena HACK..

tapi...

kita boleh ambil langkah berjaga-jaga...

SELAMAT MENCUBA....


KATOGERI ANCAMAN SIBER

1. Pencerobohan (Intrusion)

Insiden pencerobohan sistem dan aplikasi komputer tanpa kebenaran dan berupaya mengubah kandungan sistem tersebut.

2. Penipuan (Fraud)

Merujuk kepada skim penipuan yang menggunakan satu atau lebih komponen internet dan telekomunikasi termasuklah ruangan chat, e-mel, papan buletin, laman web dan sms untuk mewujudkan ruangan pembujukan dan transaksi wang seperti laman web atau e-mail yang menyerupai atau kelihatan seperti badan kewangan atau syarikat yang sahih beroperasi (phishing), pelaburan e-dagang atau skim piramid.

3. Gangguan (Harassment)

Melibatkan penghantaran mesej, gambar dan video yang berunsur fitnah, lucah, gangguan dan ancaman kepada pengguna lain.

4. Ancaman Pencerobohan (Hack Threat)

Merangkumi serangan ke atas sistem dan aplikasi komputer agensi-agensi tertentu dengan tujuan melumpuhkan operasi sistem dan aplikasi komputer bagi agensi berkenaan.

5. Kod Berbahaya (Malicious Code)

Merupakan perisian atau skrip komputer yang diprogramkan untuk menceroboh komputer dan merosakkan sistem. Kod berbahaya termasuklah skrip serangan, virus, worm, Trojan horse, program Back door dan kandungan aktif berbahaya.

6. Gangguan Perkhidmatan (Denial of Service)

Merupakan serangan ke atas sesuatu sistem atau aplikasi komputer yang menyebabkan para pengguna tidak dapat mencapai dan menggunakan sistem atau aplikasi berkenaan.

Sunday, 3 June 2012

WEB 2.0

Web 2.0 merujuk pada generasi kedua teori media berasaskan Internet dan laman rangkaian sosial, wiki, alat komunikasi, dll dan yang menekankan komuniti online di antara pengguna. Kemampuan adaptasi dan pembaikan melalui tindakan pengguna merupakan ciri penting dari web 2.0. Sejak tahun 2004, beberapa pemaju dan pemasar telah mengadopsi istilah tersebut, meskipun definisi yang tepat itu masih diperdebatkan. Beberapa menerima idea tentang Internet baru sebagai kebijaksanaan konvensional. Lain percaya itu tidak ada artinya dan hanya sebuah kata kunci pemasaran.

Infrastruktur teknologi Web 2.0 termasuk peranti perisian pelayan, dari sindikasi kandungan, protokol mesej baru, pelayar berasaskan pada standard tertentu yang diperluas melalui plug-in dan extensions, dan banyak aplikasi pelanggan. Pendekatan ini menyediakan teknologi Web 2.0 dengan kemampuan dalam maklumat, penciptaan simpanan dan penyebaran yang mengubah wajah Internet seperti yang kita tahu. Web 2.0 website boleh merangkumi sindikasi data, penggunaan tag (folksonomi), penggunaan perisian wiki (software yang membolehkan pengguna untuk membuat dan mengedit kandungan di laman kolaborasi), dan banyak ciri-ciri lain.

Blog adalah ciri-ciri lain yang penting yang telah datang menjadi ada dengan munculnya Web 2.0. Blog adalah jangka pendek untuk wegblog, sebuah laman peribadi atau komersial yang dibuat dalam format dari sebuah jurnal online. Entri muncul dalam urutan di mana mereka ditulis. Blog umumnya kaedah untuk menyebarkan pendapat atau refleksi peribadi, bukan fakta.

Wiki lain adalah bahagian penting daripada pola pikir Web 2.0. Peranti perisian Wiki membolehkan pengguna untuk membuat dan mengedit kandungan di laman gotong-royong. Penggunaan lebih merupakan laman wiki menerima, yang padat isinya menjadi, dan kegunaan yang lebih tinggi. Wiki bekerja adalah singkatan dari kata WikiWiki Hawaii, yang bererti cepat.

Ciri-ciri lain dari web 2.0 adalah Ajax, sebuah teknik pembangunan web untuk mencipta aplikasi interaktif, CSS, Bahasa stylesheet yang sangat meningkatkan fleksibiliti desain web, XML dan XHTML, (Extensible Markup Language dan Extensible Hypertext Markup Language.) RSS feed membenarkan kandungan untuk dapat dengan mudah sindikasi dari satu halaman ke halaman lain, dan dipendekkan, URL lebih mudah dibaca memudahkan pemahaman lebih mudah nama halaman. Teknologi ini hanya membenarkan fenomena sosial yang berkembang pengguna berinteraksi bersama-sama di Internet.

SEARCH ENGINES



iconfinder_400 



Iconfinder.net: Salah satu daripada enjin pencarian icon yang paling komprehensif. Fungsi navigasi AJAX yang digunakan di laman web ini memudahkan anda untuk pergi dari satu ikon ke ikon yang lain. Setiap ikon yang di dalam hasil pencarian lengkap dengan tag, pautan untuk muat turun dan maklumat mengenai lesen penggunaan ikon tersebut. Tidak perlu untuk pergi ke beberapa halaman sebelum anda boleh memuat turun ikon yang dikehendaki. Hanya klik pautan muat turun, dan ikon tersebut akan dimuat turun ke komputer anda. Kebanyakkan ikon yang dipaparkan amat cantik dan sesuai untuk digunakan bagi mereka yang berminat untuk membina laman web 2.0.





iconlet_400 

iconlet_400Iconlet.com: Satu lagi enjin pencarian ikon. Pencarian ikon di laman web ini akan menghasilkan banyak ikon berbanding enjin pencarian yang lain, namun begitu ianya agak tidak kemas tersusun di dalam kategori tertentu. Ikon yang dijana hasil pencarian agak lama dan ketinggalan zaman, namun masih lagi boleh digunakan. Maklumat lesen penggunaan terdapat di dalam halaman yang berbeza.







iconlook_400 

iconlook_400Iconlook.com: Merupakan pendatang baru di dalam dunia enjin pencarian ikon. Masih lagi di peringkat beta namun boleh digunakan. Kebanyakkan ikon hasil dari pencarian agak menarik dan sesuai untuk digunakan di dalam laman web modern. Namun untuk mengetahui lesen penggunaan, anda perlu pergi ke halaman maklumat ikon.







searchicon_400 

searchicon_400Searchicon.net: Mempunyai banyak inventori ikon yang boleh anda pilih, namun susunan kategori agak tidak kemas di mana ikon-ikon yang tidak berkaitan kekadang tersenarai di dalam kata kunci yang tidak betul. Ia memaparan pautan muat turun, lesen penggunaan dan tag bagi setiap ikon namun tidak berfungsi sepenuhnya.





iconsearch_400






Icons-search.com: Pencarian ikon di laman web ini kekadang menghasilkan hasil pencarian yang agak tidak tepat. Namun, mungkin anda dapat menggunakannya untuk tujuan tertentu.

Monday, 28 May 2012

INTERNET

Definisi

Internet ialah rangkaian atau jaringan sejumlah komputer yang saling berhubungan. Internet berasal daripada perkataan interconnected-networking. Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan suatu jaringan (network) dengan jaringan lainnya di seluruh dunia. Media yang menghubungkan internet adalah seperti kabel, satelit mahupun frekuensi radio.

Beberapa perkara yang berhubung dengan internet adalah seperti :
  • WWW
  • HTTP
  • URL
WWW (World Wide Web) merupakan sebahagian dari internet yang cepat berkembang dan paling popular. WWW merupakan jaringan beribu-ribu komputer yang dikategorikan menjadi dua yaitu : client dan server. Dua perkara yang perlu diperhatikan adalah software web server dan software web browser.

HTTP (Hypertext Transfer Protocol) adalah protokol yang menentukan aturan yang perlu diikuti oleh web browser dan web server. HTTP merupakan protokol standard yang digunakan dalam mengakses dokumen HTML.

URL (Uniform Resource Locator) adalah suatu sarana untuk menentukan informasi pada suatu web server. URL dapat diibaratkan sebagai suatu alamat. URL terdiri dari :
  1. Protokol yang digunakan oleh suatu browser untuk mengambil informasi.
  2. Nama komputer (server) dimana informasi tersebut berada.
  3. Jalur atau path serta nama file dari suatu informasi.
Contoh URL : http://www.detiksport.com/sepakbola/index.php
  • http adalah protokol yang digunakan
  • www.detiksport.com adalah nama host atau server komputer dimana informasi yang dicari berada
  • sepakbola adalah jalur atau path dari informasi yang dicari.
  • index.php adalah nama file dimana informasi tersebut berada.

TEKNOLOGI TANPA WAYAR

Teknologi wayarles sememangnya mendapat perhatian di seluruh dunia dan di negara kita, ia dijangka boleh menjadi jawapan kepada masalah akses jalur lebar yang sangat rendah. Untuk menghubungkan manusia dan mesin, selain 3G yang merupakan teknologi untuk rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon bimbit, terdapat juga WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) yang merupakan teknologi wayarles berasaskan rangkaian komputer menggunakan standard IEEE 802.11. WiMax pula merupakan teknologi wayarles terkini yang dikatakan akan menggugat kehebatan 3G kerana kemampuan liputan dan kelajuan rangkaiannya. WiMax dikatakan boleh mengadakan liputan bagi kawasan sehingga 50 kilometer dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding 3G.

3G
Merupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas 1G (1980) dan 2G (1990). 3G membolehkan pengguna menikmati kelebihan multimedia dan menawarkan capaian kepada Internet pada kelajuan sehingga 2 megabait sesaat (2Mbps).
 



WiFi
Sehubungan itu, teknologi wayarles pengkomputeran seperti WiFi (Wireless Fidelity) mendapat perhatian.Misalnya, walaupun telah mempunyai lesen 3G, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom juga telah menunjukkan minat yang tinggi dengan teknologi WiFi dengan satu demi satu memperkenalkan perkhidmatan hotspot di seluruh negara.
 



WiMax
Bagi WiMax pula, ia mempunyai kemampuan untuk menampung transmisi kelajuan data antara 15 hingga 75 Mbps akan menjadikan ia sebagai pilihan teknologi masa depan. Ia bagaimanapun tidak akan mencabar 3G atau WiFi secara langsung kerana mereka dibangunkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.
Seperti WiFi yang digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan rumah atau pejabat, WiMax pula akan digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian WiFi di suatu kawasan yang luas. Manakala, 3G pula menjadi penghubung WiMax ke seluruh negara dan dunia.
 




RANGKAIAN WAYARLES
* WPAN (rangkaian kawasan peribadi wayarles) untuk komunikasi jarak dekat seperti Bluetooth (802.15.1) dengan kelajuan 110 - 480 Mbps.
* WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) merupakan komunikasi untuk sesuatu kawasan dalam jarak 100 meter dengan kelajuan 15 - 54 Mbps.
* WiMax atau WMAN (rangkaian kawasan metro wayarles) komunikasi sehingga 50 km dengan kelajuan 15 - 75 Mbps
* 3G/WCDMA atau WWAN (rangkaian kawasan jauh wayarles) untuk komunikasi jarak jauh (termasuk global) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps.

Sunday, 15 April 2012

proxy

Pelayan proksi mengawal penggunaan talian ke luar rangkaian 



Pelayan proksi diwujudkan bagi mengurangkan beban atau mengurangkan kesesakkan sesebuah talian yang menyambungkan dua rangkaian. Penggunaannya amat kritikal terutamanya bila keadaan talian sudah hampir dengan had kemampuanya.
Didalam sebuah rangkaian yang mempunyai pelayan proksi, semua komputer yang terdapat dalam rangkaian tersebut akan menghubungi proksi sebelum ia mendapatkan sesuatu dari luar rangkaian seperti fail dari pelayan FTP atau halaman WWW. Jika fail atau halaman yang hendak diambil terdapat pada proksi, maka komputer yang meminta boleh mengambilnya dari proksi tanpa perlu mengambilnya dari luar rangkaian. Oleh itu, penggunaan talian ke luar rangkaian dapat dikurangkan.


Sekiranya fail yang hendak diambil tidak terdapat pada pelayan proksi, maka ia akan mengambil fail tersebut dan menyimpannya di dalam cakera keras dan menyalurkanya ke komputer yang meminta. Apabila fail yang sama diminta, proksi akan menghantar fail tersebut kepada komputer yang memintanya dan ini akan mengurangkan penggunaan sambungan ke luar.

INTERNET PROTOCOL

Protokol-protokol Utama dalam TCP/IP

TCP/IP merupakan gabungan beberapa protokol. TCP/IP berfungsi dengan bantuan protokol-protokol lain yang menjalankan fungsi yang khusus di lapisan komunikasi yang berbeza-beza.
Setiap protokol dalam TCP/IP dianggap sebagai satu modul bebas yang mempunyai peranannya yang tersendiri. Dengan menggunakan konsep modul ini, maka ciri-ciri fleksibel dan reliable yang diperlukan oleh TCP/IP boleh dilaksanakan dengan mudah.


Perkaitan di antara protokol-protokol di TCP/IP
Perkaitan di antara protokol-protokol di TCP/IP

Semua protokol dalam TCP/IP adalah penting, tetapi yang terpenting adalah TCP dan IP.
  •  TCP memastikan komunikasi berjalan dengan baik dan bungkusan komunikasi yang dihantar sampai tanpa sebarang kerosakan.
  •  IP pula adalah protokol yang digunakan oleh semua protokol yang di atasnya untuk menyalurkan bungkusan komunikasi (datagram IP) ke destinasinya. 
Dengan itu, ia menjadi tunggak kepada TCP/IP. IP tidak memastikan sama ada bungkusan sampai ke destinasinya atau tidak. Ia cuma menyalurkan bungkusan ke laluan yang seterusnya dengan harapan ia sampai. Ataupun dengan kata lain, TCP membekalkan TCP/IP dengan ciri-ciri reliable yang diperlukan. IP pula memberikannya kefleksibelan dalam menghantar bungkusan komunikasi. Itulah sebabnya TCP/IP dinamakan dengan protokol TCP dan IP.

 Fungsi beberapa protokol utama dalam TCP/IP ditakrifkan dalam jadual berikut.

Protokol-protokol Utama dalam Lapisan Pengangkutan

Protokol Fungsi Rujukan
TCP Transmission Control Protocol adalah protokol yang membolehkan aliran data secara dua hala, memastikan data sampai dengan selamat dan betul dan mengawal pengaliran data di antara dua hos. RFC 793
UDP User Datagram Protocol adalah protokol yang menghantar data ke sesebuah hos tanpa menghiraukan sama ada data itu sampai atau tidak. UDP tidak reliabel seperti TCP. RFC 768

Protokol-protokol Utama dalam Lapisan Aplikasi

Protokol Fungsi Rujukan
SMTP Simple Mail Transfer Protocol adalah protokol yang menyatakan bagaimana sebuah hos menghantar e-mail ke hos lain, iaitu bagaimana penghantar dan penerima harus berkomunikasi semasa penghantaran e-mail. RFC 821 RFC 822
TELNET Protokol yang membolehkan sebuah hos disambungkan ke sebuah hos multi-pengguna sebagai terminal RFC 854
FTP File Transfer Protocol adalah protokol yang menyatakan bagaimana fail harus dipindahkan dari satu hos ke hos lain. RFC 959
TFTP Trivial File Transfer Protocol adalah protokol yang pada asasnya sama seperti TP tetapi tidak reliabel seperti FTP. RFC 1350

Protokol-protokol Utama dalam Lapisan Rangkaian

Protokol Fungsi Rujukan
IP Internet Protocol adalah protokol yang menyatakan bagaimana datagram IP harus dibina dan bagaimana datagram IP disalurkan dari satu hos ke hos yang lain sehingga sampai ke destinasinya. IP memahami mesej ralat dan kawalan yang dihasilkan oleh ICMP. RFC 791
ICMP Internet Control Message Protocol adalah protokol yang boleh digunakan bagi melaporkan masalah yang berkaitan dengan penghantaran datagram IP ke hos yang menghantarnya seperti pembuangan datagram IP semasa berlaku kesesakan. ICMP sering dianggap sebagai sebahagian dari IP RFC 792
IGMP Internet Group Management Protocol adalah protokol yang digunakan oleh hos dan penghala yang menyokong system multicasting untuk menyatakan keahlian kumpulan multicast. RFC 1112

Protokol-protokol Utama dalam Lapisan Fizikal

Protokol
Fungsi
Rujukan
ARP
Address Resolution Protocol adalah protokol yang mengikat alamat fizikal kad rangkaian dengan alamat logical yang dipanggil alamat IP.
RFC 826
RARP
Reverse Address Resolution Protocoladalah protokol yang digunakan oleh sesebuah hos untuk mendapatkan alamat IP daripada hos lain berdasarkan alamat fizikal yang ada padanya.  Ia lazimnya digunakan oleh hos yang tidak mempunyai cakera keras untuk menyimpan alamat IP.
RFC 903

sejarah bluetooth

 


mesti kamu semua tak pernah ambil tahu pasal asal usul bluetooth kan...pada mula nya aku sendiri tak pernah amik tahu pun hal ini..tapi dalam kelas aritu en.Razak suruh kami google sejarah bluetooth ni...then,,dari situ la kami semua mula mengetahui perkara ini. agak lucu la sebenarnye and tak pernah terpikir pun macam tu la sejarah nye bermule dari situ..hehehe

alkisah nye begini....

 Perkataan Bluetooth ialah versi anglicised Blåtand raja Denmark,sempena nama raja abad kesepuluh Harald Denmark, yang menyatukan bahagian- bahagian Norway dan suku-suku Denmark ke dalam sebuah negara tunggal. Dengan keupayaan raja itu sebagai perhubungan rakyat, Nama Bluetooth digunakan mirip dengan teknologi bluetooth sekarang yang boleh menghubungkan pelbagai peralatan seperti komputer personal dan telefon selular.Logo bluetooth berasal dari penyatuan dua huruf Jerman analog dengan huruf H dan B (singkatan dari Harald Bluetooth), iaitu (Hagall) dan (Blatand) yang kemudian digabungkan.

 haaaaa...tak sangke kan nama bluetooth berasal dari nama seorang raja..hehehe..tu la hakikat nye..

-peace Y-